Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula

MOHAMAD Hasan hadir ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Luar ASEAN tiba bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Luar yang bermula pagi ini.

Mesyuarat tersebut membincangkan dan menyelaras keutamaan strategik menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 esok.

Antara yang hadir termasuk Menteri Luar dan Kerjasama Timor Leste, Bendito Dos Santos Freitas dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Sesi bersama itu dijangka mencapai kata sepakat tentang keberhasilan utama dan memperkukuh koordinasi merentasi tonggak komuniti ASEAN, mencerminkan komitmen badan serantau itu terhadap perpaduan dan kesepakatan dalam menghadapi cabaran global yang kompleks.

Mesyuarat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menghimpunkan menteri dan pegawai kanan semua negara anggota ASEAN, Timor-Leste, Sekretariat ASEAN dan pakar daripada Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF), ketika pemimpin serantau mula tiba untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN kekal yakin bahawa sinergi lebih erat antara tonggak luar negara dengan ekonomi akan meningkatkan kapasiti blok berkenaan bagi menangani isu merentasi bidang daripada kemudahan perdagangan dan galakan pelaburan, kepada keselamatan serantau dan hubungan antara rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN