Memang ‘tip top’ komitmen Hafiz Suip - Utusan Malaysia

Memang ‘tip top’ komitmen Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Alahai, Cik Bunga senyum sendiri bila dengar cerita pasal Hafiz Suip ini. Dari dulu sampai sekarang, Hafiz memang tak pernah mampu lari daripada cakap-cakap orang.

Dia begitulah, dia beginilah, macam-macam ceritalah yang timbul.

Cik Bunga tak nafikan, sejak dulu, ramai saja kata kononnya Hafiz ini artis bermasalah, banyak perangai dan susah nak dikendalikan.

Kononnya ramai ‘fed up’ nak bekerjasama dengan dia sebab hal-hal begitulah.

Tetapi, Cik Bunga rasa, kalau iya pun dia begitu, itu hal lama. Setahu Cik Bunga, Hafiz sudah lama tinggalkan perangai buruk begitu.

Hafiz bukan lagi macam dulu. Dia dah banyak berubah, semakin matang, semakin teratur, dan paling penting… semakin profesional.

Kalau tak percaya, tengoklah sendiri bagaimana Hafiz berikan komitmen luar biasa untuk konsertnya yang bakal berlangsung 1 November ini.

Serius, setiap sesi latihan, setiap perbincangan, Cik Bunga difahamkan, dia hadir dengan penuh disiplin dan pendek kata tak banyak songeh.

Cik Bunga nampak sendiri, aura Hafiz kali ini lain macam. Dia bukan setakat nak hiburkan peminat, tapi nak buktikan yang dia masih punya jiwa seni yang tulen.

Bukan calang-calang suara, bukan calang-calang penghayatan. Tetapi, Hafiz ini memang betul, bakat nyanyiannya memang luar biasa. Itu yang harus dia jaga.

Cik Bunga yakin, selepas konsert itu nanti, banyak mata akan terbuka. Hafiz bukan sekadar ‘penyanyi biasa’.

Jangan pula nanti yang mengata, bertepuk tangan paling kuat di konsertnya. Tak begitu?

Apa pun, Cik Bunga nak pesan pada warganet dan juga orang industri, sudahlah-sudahlah mengata Hafiz itu bermasalah.

Dia tentunya berusaha untuk pulihkan jalan hidup yang baharu dan tentunya mahu jadi insan yang lebih baik. Kita kena sokong artis seperti ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN