Mell Sakura ubah perangai sejak bertudung - Utusan Malaysia

Mell Sakura ubah perangai sejak bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis Sakura Band, Melly Matius memaklumkan banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya sejak dia mengenakan hijab sekitar dua tahun lalu.

Kata penyanyi yang mesra disapa sebagai Mell ini, perubahan paling ketara membabitkan sikapnya yang tidak lagi lasak seperti dulu.

“Saya sebelum ini dikenali dengan sikap lasak lebih-lebih lagi semasa beraksi atas pentas.

“Namun sejak bertudung, saya cuba ubah perangai lama itu. Kalau dulu, saya agresif atas pentas, sekarang sisi itu sudah berkurangan.

“Selain penampilan, mungkin faktor usia juga mengakibatkan saya tidak lasak seperti dulu,” katanya yang ditemui pada sidang media Gegar Vaganza musim ke-12, baru-baru ini.

Disoal tentang imej berhijab, Mell memaklumkan hatinya terdetik untuk mengubah penampilan selepas terinspirasi dengan keluarga perempuan suaminya yang kesemuanya bertudung.

“Pada masa yang sama, saya sudah mencuba pelbagai gaya rambut. Akhirnya terdetik untuk bertudung.

“Saya lebih selesa bertudung,” ujarnya.

Mell mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Safwan Hasnan pada 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN