Mayat pemandu kereta terjunam dalam Sungai Pachor ditemui

Mayat pemandu kereta terjunam dalam Sungai Pachor ditemui

PIHAK bomba menemui mayat seorang lelaki selepas kereta dipandunya terjatuh dalam sungai di pekan Pagoh, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang lelaki yang hilang selepas kereta dipandunya terjunam dalam Sungai Panchor, di Pagoh di sini petang ditemukan mati lemas awal pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Mud Husni Mahmud, 47, telah dijumpai dalam kereta Proton Saga dipandunya yang dibawa naik pasukan penyelamat dari sungai.

“Sebelum itu, pada pukul 10.21 malam tadi, Pasukan Penyelamat Di Air (PPD) telah membuat selaman di kawasan sekitar dan membuahkan hasil apabila berjaya menemui kereta pada jarak 50 meter dari tebing dengan kedalaman 15 meter.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR tamat pada pukul 1.38 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemandu kereta dikhuatiri lemas selepas terlibat kemalangan sebelum terjunam ke dalam Sungai Panchor di sini pukul 2.30 petang semalam.

Susulan itu, operasi SAR digerakkan BBP Pagoh dan BBP Muar dengan bantuan polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sebelum itu tular dalam Facebook mengenai kejadian kereta terjatuh ke dalam sungai dan mangsanya didakwa suami isteri, kejadian berlaku selepas pasangan itu baru selepas makan di sebuah kedai dekat sini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN