Maut bertembung motosikal lawan arus

Maut bertembung motosikal lawan arus

KEADAAN motosikal mangsa kemalangan maut meragut satu nyawa di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Star Baru, Gua Musang, Kelantan. -  IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang melawan arus di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Star Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhamad Yusoff Mohamad, 36, yang bekerja sebagai buruh maut di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan di kaki dan kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal jenis sama yang ditunggangi seorang pelajar berusia 14 tahun yang berada di bahu jalan kiri serta melawan arus jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua penunggang  terbabas sebelum terjatuh daripada motosikal. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal manakala seorang lagi mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubung di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN