KUALA LUMPUR: Malaysia mahu menjadi hab pendidikan tinggi utama ASEAN dengan memperkukuh pengantarabangsaan sistem pendidikan serta pembangunan bakat. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, negara kini menempatkan lebih 130,000 pelajar antarabangsa dari lebih 160 negara, sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar serantau dan global. “Kita berhasrat menjadi hab pendidikan di rantau ASEAN, pusat pertemuan di mana pelajar dari seluruh rantau dan dunia datang…