KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperkukuh peranan ASEAN dalam memastikan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RCEP bukan sekadar perjanjian ekonomi terbesar dunia yang merangkumi hampir satu pertiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perdagangan global, sebaliknya merupakan satu pengesahan strategik bahawa ‘regionalisme terbuka’ masih menjadi laluan kepada kemakmuran bersama.…