Malam Perlis wadah anak negeri kukuh jati diri, erat hubungan

Malam Perlis wadah anak negeri kukuh jati diri, erat hubungan

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyempurnakan Majlis Malam Perlis 2025 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, Majlis Malam Perlis bukan sekadar pertemuan tahunan, malah menjadi wadah penting bagi anak-anak Perlis di perantauan mempererat hubungan kekeluargaan dan mengukuh jati diri

Baginda bertitah, tema “Inilah Perlis” amat bertepatan dan penuh makna kerana ia bukan sahaja mencerminkan identiti Negeri Perlis, bahkan turut meng­angkat martabat negeri di persada nasional dengan menonjolkan keindahan budaya, adat serta warisan yang menjadi kebanggaan bersama.

“Beta berharap usaha murni sebegini dapat melahirkan gene­rasi anak Perlis yang berilmu, berdaya saing, berpandangan jauh dan tetap menghargai akar budaya sendiri. Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) diseru agar terus menjadi pemangkin dalam memperkasa kualiti diri, memperluas peluang, serta menyumbang kepada pembangunan ne­geri dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Malam Perlis 2025 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam semalam.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Perlis turut diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut berangkat sama ialah anakanda-anakanda puteri Ba­ginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan Duli-Duli Tuan­ku disambut oleh Yang Dipertua PPKL, Datuk Md. Silmi Abd. Rahman.

Majlis anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) yang mempunyai 1,440 ahli ketika ini adalah bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga Perlis di perantauan, di samping memperluas jaringan kerjasama serta memupuk rasa cinta dan kebanggaan terhadap negeri tercinta.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyempurnakan Pengurniaan Anugerah Tokoh PPKL kepada ahli perniagaan yang pernah memimpin Renong/UEM Group iaitu Tan Sri Halim Saad dan Tokoh Usahawan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo. Kedua-duanya adalah anak kelahiran Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN