KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terus memperkukuhkan usaha mendidik anak-anak asnaf sebagai jalan untuk mereka keluar daripada kemiskinan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, fokus utama MAIWP bukan sekadar membantu pelajar asnaf melanjutkan pengajian tetapi memastikan mereka memperoleh peluang sebenar untuk mengubah masa depan keluarga. “MAIWP percaya bahawa hanya melalui pendidikan, anak-anak asnaf dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.…