PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad. Hakim Celestina Stuel Galid dalam keputusannya telah mengisytiharkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah tidak sah, ultra vires dan tidak rasional serta melanggar Perlembagaan. “Adalah tidak sah bagi pihak Persekutuan…