PETALING JAYA: Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat kerana menentang kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan diberi peluang untuk kembali ke dalam parti itu walaupun dibenarkan mengemukakan rayuan. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Muhammad Hilman Idham berkata, tindakan mereka selepas dikenakan hukuman jelas menunjukkan tiada keinsafan, sebaliknya terus menimbulkan kekacauan dan memburukkan keadaan dalam parti. “Saya jamin mereka yang dipecat tiada peluang untuk…










