KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan maut di kaki lima sebuah restoran di Jalan Ara Kiri, Taman Lucky, Bangsar, di sini, pagi tadi. Saksi kejadian, Mohamed Faizal Basirudin, 40-an, berkata dia menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan untuk bersarapan bersama isterinya kira-kira pukul 7.15 pagi. “Saya baru meletakkan kenderaan berhampiran restoran itu dan ternampak seorang lelaki terbaring. Saya rasa pelik apabila lihat banyak lalat menghurung mukanya. “Pada masa itu…