MARANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan perintah tahanan reman terhadap seorang usahawan hartanah dan adik lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes penipuan urus niaga tanah. Ini adalah kali kedua permohonan polis untuk menahan reman mereka ditolak selepas Mahkamah Majistret Dungun mengambil keputusan sama, semalam. Majistret Nur Athirah Hashim memutuskan demikian selepas mendengar permohonan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Difahamkan, usahawan hartanah itu…

 
								 
											









