KPYPJ rai 884 graduan KYPJ, KKJ

KPYPJ rai 884 graduan KYPJ, KKJ

SEJAK penubuhan 30 tahun lalu, KPYPJ melahirkan ramai tenaga kerja mahir pelbagai bidang yang menyumbang terhadap pembangunan dan kemajuan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 645 gra­duan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan 239 graduan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) diraikan sempena Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) Ke-26 di Dewan Besar KYPJ, di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Mohd. Fahmi Salam berkata, graduan KYPJ tersebut terdiri daripada 139 lulusan diploma Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif, Sekolah Pe­ngurusan Sains Sosial (258) dan Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (248).

Graduan KKJ terdiri daripada 18 lulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pentadbiran Sistem Maklumat, DKM Sistem Komputer (20) dan DKM Pentadbiran Reka Fesyen (11).

Turut diraikan 47 orang gra­duan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuatan dan Penyediaan Makanan, SKM Pembuatan Pastri (35), SKM Juruelektrik dari KKJ Cawangan Johor Bahru (24), SKM Automotif (39), SKM Juruelektrik dari KKJ cawangan Kluang (38) serta SKM Pembuat Pakaian Wanita dari KKJ Cawa­ngan Batu Pahat (6).

Mohd. Fahmi berkata, majlis konvokesyen tersebut dibahagikan kepada dua sesi dan sesi pagi dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, KPYPJ melahirkan lebih 17,000 graduan yang menyumbang kepakaran kepada Johor.

Pihaknya turut menyasarkan kebolehpasaran graduannya me­lebihi 90 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding 85 peratus ketika ini.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai menerusi pelbagai penambahbaikan dilakukan seiring kehendak industri, akreditasi MQA serta kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara.

Menurutnya, penekanan turut diberi dalam pembangunan keusahawanan, khususnya bagi graduan Diploma Seni Kulinari yang berpotensi memulakan perniagaan sendiri.

KYPJ kini memperoleh penarafan lima bintang MyQuest manakala lepasan KKJ mencatat kebolehpasaran 70 hingga 80 peratus dalam bidang TVET seperti automotif, elektrik dan mekanikal.

KKJ juga menyediakan latihan berasaskan praktikal dengan kemudahan terkini serta sokongan penempatan kerja dan keusahawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN