KPM, PDRM perlu beri penjelasan kes pelajar dirogol bergilir-gilir dalam kelas

KPM, PDRM perlu beri penjelasan kes pelajar dirogol bergilir-gilir dalam kelas

bersatu
RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi penjelasan segera terhadap dakwaan kes pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir senior calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kelas sekolah di Melaka, minggu lalu.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kes berkenaan amat serius dan memerlukan perhatian segera daripada pihak berkuasa.

“Berita kejadian pelajar dirogol bergilir-gilir di dalam kelas di Melaka perlu penjelasan segera daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini perkara yang amat serius,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa pelajar sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka trauma seumur hidup selepas dipercayai dirogol dua pelajar senior di dalam kelas sambil kejadian dirakam dan dilihat dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit.

Kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun terbongkar petang semalam selepas ibunya mendapat maklumat mengenai penyebaran video aib anak sulungnya itu daripada guru sekolah sebelum membawa mangsa membuat laporan polis.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang 2 Oktober lalu ketika pelajar itu berpatah balik ke kelasnya di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal.

Seorang lagi rakannya pula menjaga di kawasan tangga sebelum dua lagi pelajar lelaki lain berusia 17 tahun masuk ke dalam kelas melihat suspek pertama membogelkan mangsa dan merogolnya.

Katanya, kejadian itu disaksikan kesemua empat suspek sebelum suspek kedua juga merogol pengadu manakala suspek ketiga bertindak merakam perbuatan aib itu menggunakan telefon milik suspek pertama.

Keempat- empat suspek yang akan menduduki peperiksaan SPM bulan depan telah ditangkap semalam dan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN