BANGI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan dua dasar baharu dalam memastikan berlakunya reformasi kebersihan awam menjelang 1 Januari tahun hadapan. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, dua dasar utama itu adalah penguatkuasaan kebersihan tandas awam serta hukuman kepada pembuang sampah. Katanya, tindakan itu bagi memastikan kawasan persekitaran dan kemudahan awam berada dalam keadaan terbaik terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). “Dasar pertama adalah menetapkan semua tandas awam di…