KUALA LUMPUR: Walaupun Langkawi diakui sebagai destinasi pelancongan terkenal seperti Phuket, namun kos yang tinggi menjadi faktor utama menjejaskan daya tarikannya kepada pelancong, terutama dari luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil kajian perbandingan mendapati Langkawi lebih bersih dan semula jadi, tetapi harga yang terlalu tinggi memberi kesan langsung terhadap keputusan pelancong untuk berkunjung ke pulau tersebut. “Jadi yang ini apabila dibuat sebuah kajian tentang perbandingan Langkawi…