Kos sara hidup, pendidikan fokus harapan rakyat

Kos sara hidup, pendidikan dan pengangkutan fokus harapan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang pem­bentangan Belanjawan 2026, pelbagai pihak meletakkan ha­rapan besar agar dasar fizikal negara bukan sahaja dapat me­rangsang pertumbuhan ekonomi secara mampan, malah memberi suntikan baharu dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Golongan penjawat awam, pekebun kecil, belia dan mahasiswa antara yang berharap agar belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, penambahbaikan fasiliti serta akses lebih adil kepada kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Seorang guru, Nur Aisyah Zaidi, 24, berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas bagi memperkukuh fasiliti pendidikan di sekolah pedalaman.

NUR AISYAH ZAIDI

“Saya harap kerajaan dapat sediakan komputer riba dan skrin projektor di setiap kelas bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman supaya pelajar di luar bandar juga dapat menikmati kemudahan yang sama seperti di sekolah bandar,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Nurain Izwani, 33, pula mahu aspek keselamatan digital turut diberi perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Saya kesian melihat golo­ngan tua yang menjadi mangsa scam atau penipuan kerana kebanyakan mereka tiada pengetahuan yang luas mengenai dunia digital, jadi saya harap kerajaan beri fokus dalam aspek keselamatan siber,” ujarnya.

Bagi penuntut universiti awam, Fatini Abdul Azis, 24, dia berharap kerajaan dapat menambah baik kemudahan pe­ngangkutan awam khususnya bas di kampus universiti awam.

“Sebagai mahasiswa, saya sangat mendesak kerajaan untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam di kampus.

“Saya lihat ramai pelajar terpaksa menunggu lama kerana bas tidak mencukupi, terutama waktu puncak. Jika kerajaan dapat menambah bilangan bas agar dapat memudahkan pergerakan pelajar dan menjimatkan masa,” katanya.

Pekebun kecil, Ramli Gendot, 62, pula berharap kerajaan dapat berusaha meningkatkan harga komoditi getah jadi lebih tinggi.

“Sekarang harga getah sangat rendah, jadi ramai penoreh yang sudah tidak berminat untuk menoreh dan kesannya banyak kebun getah yang terbiar serta tidak diusahakan.

“Di situ menunjukkan satu kerugian kepada negara, jadi saya harap kerajaan berusaha untuk tingkatkan harga getah memandangkan kos sara hidup kini juga semakin meningkat,” katanya.

Seorang pemandu teksi, Saad Chin, 62, pula berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan melibatkan penggiat teksi, e-hailing dan p-hailing.

SAAD CHIN

“Syukur kerajaan kini dalam usaha memberi had kelayakan tambahan kepada pemandu e-hailing sepenuh masa melalui inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95).

“Dalam masa sama, saya harap bantuan sama turut diberikan kepada penggiat teksi, contohnya dalam bentuk subsidi penyelenggaraan seperti bantuan tayar atau servis kereta,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN