Baru-baru ini, ketika Cik Bunga sedang berbual dengan rakan industri seni, ada antara mereka beritahu mengenai perkembangan seorang komposer tempatan ini.
Hendak kata dia ini popular, Cik Bunga rasa tidaklah sangat.
Tetapi dia adalah menghasilkan karya-karya lagu yang pernah kita dengar, terutama menjurus ke arah kerohanian.
Bagaimanapun, kata sumber, keadaan komposer ini sekarang sudah macam orang tidak betul. Semuanya berlaku selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya tahun lepas.
Dalam kemalangan tersebut, si lelaki ini telah menyebabkan kematian rakannya seorang wanita. Dia yang memandu ketika itu.
Cik Bunga tidak mahu bukalah bagaimana kemalangan itu berlaku, mungkin anda sendiri boleh buat carian di Internet.
Tetapi, kata sumber, keadaan komposer itu sudah semakin ‘kronik’. Kononnya dia berhari-hari tidak keluar rumah dan hanya terperuk, tidak terurus dan cakap pun macam orang tidak betul.
Hendak kata dia terkesan dengan kejadian tersebut tidak juga sebab kata sumber lagi, apa yang orang tidak tahu, dia pun sebenarnya seorang ‘mat dadah’.
Kalau begitu, Cik Bunga rasa dadah pun boleh jadi punca dia jadi begitu.
Pendek kata, dia sendiri jugalah yang merosakkan diri dan kerjaya sendiri. Tidak perlu salahkan orang lain. Betul tak?










