KK Mart, RHB Islamic tawar promosi eksklusif kepada pelajar - Utusan Malaysia

KK Mart, RHB Islamic tawar promosi eksklusif kepada pelajar

CHAI Kee Kan (tiga dari kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Mohd. Rashid Mohamad( tiga dari kiri) selepas menandatangani Perjanjian Pengurusan Kolaborasi Strategik bertujuan menawarkan promosi eksklusif kepada pelajar di bawah program Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KK Super Mart dan RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) menandatangani Perjanjian Pengurusan Kolaborasi Strategik bertujuan menawarkan promosi eksklusif kepada pelajar di bawah program Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM. 

Inisiatif itu dirangka bagi enam urusan mahasiswa di semua universiti awam serta pelajar di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara dan lebih daripada 600,000 pelajar bakal menerima manfaat. 

Ketua Pegawai Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, inisiatif itu membuktikan bagaimana sektor peruncitan, perbankan dan pendidikan bergabung dalam menunjukkan komitmen dalam bersama menjaga kebajikan pelajar. 

“Program Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM amat bermanfaat bukan sahaja memudahkan urusan pelajar sebagai kad pelajar dan kad debit bank, malah memberi nilai tambah apabila berbelanja di KK Super Mart.

“KK Super Mart sentiasa menyokong program kebajikan anjuran Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP), seperti tajaan tiket pulang ke kampung sempena Hari Raya, sumbangan Bakul Rahmah, Food Bank Ramadhan dan pelbagai lagi inisiatif, khususnya di universiti yang mempunyai cawangan KK SUPER MART di dalam kampus,” katanya dalam kenyataan. 

KK Super Mart akan memperuntukkan RM3.6 juta, meliputi kos pemasaran dan pemberian mata ganjaran bernilai wang tunai kepada pengguna Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM. 

Ganjaran ini ditawarkan melalui kempen gandaan mata ganjaran KK Super Mart, yang akan bermula pada 1 Oktober 2025. 

Dengan menggunakan Aplikasi KK Reward, mahasiswa dan pelajar berpeluang menggandakan ganjaran KK Coin setiap kali mereka membuat pembelian di rangkaian kedai KK SUPER MART di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank, Datuk Adissadikin Ali berkata, kerjasama itu bermakna kerana kedua oihak merupakan jenama tempatan yang komited untuk menyumbang secara positif demi kesejahteraan rakyat Malaysia. 

“RHB Islamic Bank sentiasa berdedikasi dalam memajukan keterangkuman kewangan serta menyokong pengalaman pendidikan para pelajar. 

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan KK Super Mart bagi menawarkan manfaat eksklusif kepada pemegang kad MySiswa dan MyTVETKPM, sekali gus memperkayakan pengalaman universiti mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×