GEORGE TOWN : Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq mengesahkan bahawa beliau telah ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu atas alasan tidak menyokong sepenuhnya pendirian presiden dalam beberapa perkara tertentu. Khaliq berkata, walaupun akur dan menghormati keputusan tersebut, namun, sebagai ahli MPT yang dipilih untuk memperkukuh institusi parti, beliau percaya bahawa dirinya mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendirian…










