KUALA LUMPUR: Sekolah yang mempunyai rekod kes buli bagi tempoh dua tahun terkini antara kriteria ditetapkan bagi tujuan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemasangan 200 CCTV di sekolah berasrama bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dengan peruntukan RM3 juta bermula sejak 13 Oktober lalu, yang turut menilai kepadatan penghuni atau enrolmen murid bagi tujuan pemasangan peranti itu. “Perlindungan sedia ada (sama ada ketiadaan CCTV atau liputan CCTV…