Kesemua sukarelawan Malaysia sihat, dihantar pulang melalui negara ketiga

Kesemua sukarelawan Malaysia sihat, dihantar pulang melalui negara ketiga

RAKYAT Malaysia menyer­tai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Menurut Kementerian Luar, mereka akan dihantar pulang ke tanah air melalui negara ketiga.

Katanya, kerajaan akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia.

“Kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF khususnya 15 rakyat Malaysia yang ditahan Israel.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, Menteri Luar turut mengeluarkan arahan kepada Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan termasuk Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah untuk mendapatkan kerjasama daripada kedutaan negara-negara ASEAN di Tel Aviv.

Untuk rekod, ketika ini empat negara ASEAN iaitu Thailand, Singapura, Myanmar dan Filipina mempunyai kedutaan di Tel Aviv.

“Kerajaan menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN