Kesejukan melampau punca Mustaqqeem meninggal dunia

Kesejukan melampau punca Mustaqqeem meninggal dunia

PASUKAN bomba membawa jenazah pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansoor.-FACEBOOK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Polis mendapati punca utama kematian melibatkan pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansoor di puncak Gunung Liang di sini pada Khamis lalu disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan bedah siasat itu dijalankan di Hospital Slim River semalam.

“Proses pengecaman telah dilakukan oleh isteri dan adik mangsa pada pukul 5.35 petang.

“Hasil bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh hipotermia (kesejukan melampau),” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, pasukan penyelamat berjaya membawa turun jenazah Allahyarham menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semasa cuaca baik pada pukul 3 petang.

“Jenazah Allahyarham telah dituntut ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi dengan kekuatan 43 anggota.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN