Rosak dibom, perisai keselamatan Chernobyl gagal halang radiasi

Rosak dibom, perisai keselamatan Chernobyl gagal halang radiasi

PERISAI keselamatan di reaktor nuklear Chernobyl mengalami keroskan teruk akibat serangan dron menyebabkannya tidak lagi mampu mengawal pelepasan radiasi. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Perisai pelindung di atas reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine yang pernah dibom menggunakan dron pada Februari lalu, kini tidak lagi mampu menjalankan fungsi utamanya untuk menghalang pelepasan radiasi, menurut pengumuman Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Pada Februari, satu serangan dron menembusi struktur penutup keselamatan baharu yang dibina dengan kos 1.5 bilion euro (RM7.18 bilion) berhampiran reaktor yang musnah.

Struktur itu kemudian ditolak ke kedudukannya menggunakan rel dan pembinaannya disiapkan pada 2019 melalui inisiatif yang diketuai negara-negara Eropah.

IAEA berkata, pemeriksaan minggu lalu terhadap struktur keluli tersebut mendapati impak dron menjejaskan fungsinya.

Letupan Chernobyl pada 1986 ketika Ukraine berada di bawah pemerintahan Moscow sebagai sebahagian daripada Kesatuan Soviet menyebarkan radiasi tersebar ke seluruh Eropah.

Dalam usaha kecemasan untuk mengawal kebocoran itu, Soviet membina sebuah ‘sarkofagus’ konkrit di atas reaktor, namun ia hanya direka untuk bertahan 30 tahun.

Penutup keselamatan baharu ini pula dibina untuk memastikan radiasi kekal terkawal sepanjang proses puluhan tahun bagi mengalihkan sarkofagus lama, bangunan reaktor yang musnah di bawahnya dan bahan api nuklear yang telah cair.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi berkata, misi pemeriksaan itu mengesahkan struktur perlindungan tersebut kehilangan fungsi keselamatan utamanya, termasuk keupayaan pengurungan selain tiada kerosakan kekal pada struktur sokongan atau sistem pemantauannya.

Grossi berkata, beberapa kerja pembaikan dijalankan, namun pemulihan menyeluruh masih penting bagi mengelakkan kerosakan lanjut dan memastikan keselamatan nuklear jangka panjang.

Pada 14 Februari lalu, pihak berkuasa Ukraine mendakwa sebuah dron milik Russia dengan kepala peledak berkuasa tinggi menyerang loji itu, menyebabkan kebakaran dan merosakkan pelapisan pelindung di sekitar reaktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN