MELAKA: Kes pukul dan serangan fizikal direkodkan sebagai jenayah paling tinggi dalam statistik membabitkan pelajar sekolah di Melaka. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, seramai 18 pelajar ditahan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 324, Seksyen 325 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Katanya, ia membabitkan kesalahan mendatangkan cedera, mendatangkan cedera dengan senjata dan mendatangkan cedera parah dengan senjata. “Pada tahun lalu sebanyak 27…










