PETALING JAYA: Kes jangkitan influenza dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara menunjukkan penurunan ketara daripada 2,724 kes kepada 1,290 kes. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPR) tetap diteruskan bagi memutuskan rantaian jangkitan di semua institusi terlibat. “Langkah ini penting bagi memastikan tahap kesihatan pelajar dan warga sekolah berada dalam keadaan terkawal sebelum mereka kembali ke asrama,” katanya.…