Kes influenza meningkat tiga kali ganda di Kedah  

Kes influenza meningkat tiga kali ganda di Kedah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah mencatatkan peningkatan kes influenza lebih tiga kali ganda tahun ini dengan 2,505 kes sehingga 14 Oktober lepas berbanding 834 kes dalam tempoh sama, tahun lepas. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebanyak 47 kluster dikenalpasti pada tahun ini berbanding 16 kluster pada tahun lepas dalam tempoh tersebut.

“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan berlaku peningkatan kes harian di Yan dengan 153 kes, Kota Setar (76) dan Sik (56) pada Selasa lepas dengan keseluruhan 307 kes. 

“Setakat ini sebanyak lima kluster baharu dikesan dengan Kuala Muda sebanyak dua kluster, Kota Setar, Sik dan Yan masing-masing satu kluster,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau menambah, Yan mencatatkan kes tertinggi ketika ini dengan 451 kes, sementara Kubang Pasu (443) dan Kuala Muda (396).   – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN