KUALA LANGAT: Kerja-kerja pembersihan dan pembaikian kerosakan empat buah sekolah yang dibadai ribut dan puting beliung dekat Sijangkang, Teluk Panglima Garang di sini sudah bermula. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan seluas kira-kira 20 hektar menempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, SK dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan itu mendapati kerja-kerja itu bermula apabila jentera milik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor Tenaga Nasional Berhad…