Kerajaan sedia RM1 bilion untuk Pinjaman Boleh Dituntut Persekutuan 2026 - Utusan Malaysia

Kerajaan sedia RM1 bilion untuk Pinjaman Boleh Dituntut Persekutuan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAJAAN akan menyediakan jumlah keseluruhan Pinjaman Boleh Dituntut Persekutuan sebanyak RM1 bilion melalui perbelanjaan pembangunan (DE) bagi menambah baik infrastruktur dan kualiti hidup rakyat. 

Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri terus kekal sebagai penerima terbesar berjumlah RM475 juta diikuti oleh syarikat (RM405 juta), Badan Berkanun Persekutuan (RM135 juta) serta organisasi lain dari koperasi (RM4 juta). 

“Sementara itu, bayaran balik pinjaman diunjurkan berjumlah RM1.5 bilion, di mana bayaran balik tertinggi dijangka diterima daripada syarikat sebanyak RM851 juta diikuti oleh kerajaan negeri sebanyak RM527 juta. 

“Baki bayaran balik dijangka daripada Badan Berkanun Persekutuan (RM116 juta) serta organisasi lain dan koperasi (RM6 juta),” katanya.

Dalam pada itu, laporan itu turut menyatakan bahawa penyaluran pinjaman melalui DE pada 2025 dianggar berjumlah RM1.4 bilion. 

“Kerajaan negeri kekal sebagai penerima terbesar dengan jumlah sebanyak RM1 bilion diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan (RM248 juta), syarikat (RM156 juta) serta organisasi lain dan koperasi (RM3 juta). 

“Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka menerima bayaran balik pinjaman sebanyak RM1.3 bilion. Daripada jumlah ini, bayaran balik tertinggi dijangka diterima daripada syarikat sebanyak RM707 juta diikuti oleh kerajaan negeri sebanyak RM510 juta. 

“Baki bayaran balik dijangka daripada Badan Berkanun Persekutuan (RM75 juta) serta organisasi lain dan koperasi (RM29 juta),” ujarny

Mengulas lanjut, jumlah keseluruhan baki Pinjaman Boleh Dituntut Persekutuan sehingga akhir Disember 2024 di bawah Tabung Pembangunan pula berjumlah RM40.6 bilion atau 2.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). 

“Pinjaman kepada syarikat merupakan bahagian terbesar daripada pinjaman ini berjumlah RM25.9 bilion diikuti oleh kerajaan negeri (RM9.4 bilion), Badan Berkanun Persekutuan (RM5.2 bilion) serta organisasi lain dan koperasi (RM51.3 juta),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN