KERAJAAN akan menyediakan jumlah keseluruhan Pinjaman Boleh Dituntut Persekutuan sebanyak RM1 bilion melalui perbelanjaan pembangunan (DE) bagi menambah baik infrastruktur dan kualiti hidup rakyat. Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri terus kekal sebagai penerima terbesar berjumlah RM475 juta diikuti oleh syarikat (RM405 juta), Badan Berkanun Persekutuan (RM135 juta) serta organisasi lain dari koperasi (RM4 juta). “Sementara itu, bayaran balik pinjaman diunjurkan berjumlah RM1.5 bilion, di mana…