Kerajaan pastikan obligasi Sabah dalam Perlembagaan dipatuhi

Kerajaan pastikan obligasi Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan dipatuhi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan segala obligasi terhadap Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipatuhi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah.

Anwar berkata, alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah akan diteliti sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan atas nasihat Peguam Negara demi kebaikan serta kepentingan semua.

Katanya, setakat ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan kajian semula bersama Kerajaan Sabah di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kesan terhadap hak 40 peratus.

“Namun kajian ini akan dilaksanakan selepas pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan,” katanya ketika menyampaikan sesi penerangan khas Perdana Menteri berkaitan isu pemberian khas Sabah di Dewan Rakyat hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN