PASIR SALAK: Durian kampung yang dikenali dengan nama unik ‘kera berani mati’ menjadi tumpuan pengunjung pada Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 yang sedang berlangsung di Institut Agro dan Keusahawanan (Igrow) di sini. Pengerusi Persatuan Pembangunan Komuniti Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, durian itu dinamakan sedemikian kerana keghairahan sekumpulan kera mendapatkan raja buah tersebut, walaupun dihalau berkali-kali. “Nama durian kera berani mati ini tercetus apabila kami dapati kera tetap…










