Teman wanita potong kemaluan lelaki kerana cemburu

Kemaluan lelaki dipotong teman wanita kerana cemburu mangsa belum berpisah dengan isteri

PISAU berukuran 29 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek untuk memotong kemaluan teman lelakinya akibat cemburu di Kampung Lokan, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun cedera parah selepas kemaluannya dipotong teman wanitanya setelah wanita itu mendapat tahu pasangannya masih belum menceraikan isteri di negara asalnya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dalam kejadian di Kampung Lokan, Gelang Patah, di sini semalam suspek iaitu seorang wanita warga Bangladesh berusia 34 tahun dipercayai melakukan perbuatan itu menggunakan sebilah pisau berukuran 29 sentimeter panjang.

Sehubungan itu katanya, wanita tersebut telah ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, hari sama dengan kejadian.

“Kita terima laporan bahawa seorang lelaki cedera parah selepas kemaluannya dipotong teman wanitanya. Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mangsa masih belum menceraikan isterinya di negara asal namun telah menjalin hubungan dengan suspek ketika di negara ini.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan mendapati wanita itu negatif penyalahgunaan dadah.

“Polis turut merampas pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan perbuatan tersebut.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN