KUALA TERENGGANU: Keluarga pakar perubatan, Dr. Hafiz Sulaiman yang kini menyertai gelombang ketiga misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin menyerahkan sepenuh kepada kekuasaan Allah SWT supaya melindunginya dan seluruh delegasi sepanjang misi berisiko tinggi itu. Adiknya, Sarah berkata, ini adalah kali pertama Dr. Hafiz dapat menyertai secara rasmi misi pelayaran kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) itu selepas percubaan terdahulu pada tahun lalu…