Keluarga bimbang keadaan Britney Spears - Utusan Malaysia

Keluarga bimbang keadaan Britney Spears

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Keluarga Britney Spears, 43, meluahkan rasa bimbang dengan kelakuan bintang pop itu yang baru-baru ini memandu dalam keadaan bahaya.

Bercakap kepada portal Pagesix, sumber memaklumkan keluarga penyanyi itu khuatir selepas menonton video penyanyi itu yang tular baru-baru ini.

“Ramai yang bimbang dengan keadaannya, semua mahukan yang terbaik Britney. Tapi Kelakuannya membuktikan dia telah membuat pilihan yang salah.

“Keluarganya sekarang iji sedang mencari jalan untuk membantunya,” kata sumber.

Penyanyi lagu Hit Me Baby One More Time itu baru-baru ini mengejutkan ramai pihak selepas videonya memandu secara berbahaya, tular baru-baru ini.

Rakaman itu diambil ketika Britney meninggalkan sebuah restoran di California dalam keadaan mabuk.

Keluarganya menyamakan tindakan itu dengan kelakuannya yang mencukur botak rambutnya selepas hilang hak penjagaan terhadap dua anaknya pada 2007.

Dalam pada itu muncul beberapa pihak yang mencadangkan agar Britney diletakkan semula di bawah pemantauan.

“Bapanya, Jamie dibenci ramai orang kerana cuba melindungi anaknya.

“Beliau berdepan bermacam-macam tuduhan tidak benar, ” kata sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN