SUNGAI PETANI: Seorang kelindan lori ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berstatus orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran dalam kejadian Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa berumur 18 tahun mengenali suspek melalui WhatsApp bermula Mei lalu dan sering berhubung melalui telefon. “Pada Isnin lalu suspek mengajak mangsa yang berasal dari Pendang berjumpa sebelum membawanya ke rumah milik keluarganya yang tidak berpenghuni di…