SIPITANG: Gambar tular seorang murid perempuan yang cedera di bahagian kepala sejak pagi tadi tiada kaitan dengan kes buli atau pergaduhan. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah, Ag Ku Jainuddin Ag Wahab berkata, kecederaan berlaku ketika mangsa bermain bersama rakan-rakan di sekolah. “Kejadian bukan berpunca daripada sebarang perbuatan buli atau pergaduhan, sebaliknya kemalangan yang berlaku ketika murid-murid bermain sesama sendiri. “Sebagai tindakan segera, pihak sekolah bertindak membawa murid itu…