Keakraban hubungan Malaysia dan Pakistan

Keakraban hubungan Malaysia dan Pakistan

ANWAR Ibrahim menyambut rakan sejawatnya dari Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasminya ke Pakistan pada Oktober, tahun lalu, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan persahabatan Malaysia dan Pakistan.

“Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024, dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya dalam Facebook beliau.

Anwar berkata, pelbagai agenda telah diatur sepanjang lawatan itu, termasuk meneroka potensi kerjasama baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.

“Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN