PETALING JAYA: Kapal Conscience bersama lapan kapal layar yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition-Thousand Madleens To Gaza dilaporkan dipintas tentera Israel ketika berada kurang 120 batu nautika dari perairan Gaza, sebentar tadi. Pintasan itu berlaku kira-kira jam 10.50 pagi (waktu Malaysia) selepas kesemua kapal berkenaan dihampiri beberapa bot tentera rejim Zionis. Menurut sumber, sebuah sidang akhbar khas akan diadakan oleh MyCARE pada pukul 12 tengah hari ini bagi memaklumkan…