KUALA LUMPUR: Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan Kampung Sungai Baru tidak mempunyai sebarang sekatan pemilikan selain pegangan pajakan adalah selama 99 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, bagi meningkatkan pemilikan Melayu dalam projek ini, beliau telah mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk merangka dan mengkaji pelaksanaan dasar serta inisiatif baharu termasuk potensi penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu katanya, syarat…