KADAR pengangguran dijangka kekal 3.0 peratus pada 2026 dengan jumlah guna tenaga diunjur berkembang sebanyak 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang, menurut Tinjauan Ekonomi 2026. Jelasnya, unjuran itu dipacu oleh pewujudan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan yang dijangka menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga. “Pasaran buruh dijangka kekal optimistik pada 2026 didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pertumbuhan berterusan dalam sektor utama ekonomi. “Pertumbuhan…