KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar yang akan menerima faedah pendidikan percuma seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan ditentukan mengikut proses pengambilan tahunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, angka sebenar penerima akan berbeza setiap tahun bergantung kepada kapasiti universiti serta peruntukan tahunan yang ditetapkan kerajaan. Katanya, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir daripada melanjutkan pelajaran…