PETALING JAYA: Satu sindiket menawarkan cap Pas Lawatan Sosial, pasport antarabangsa Indonesia dan slip e-pass PLKS palsu pada harga antara RM100 hingga RM350 terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Sindiket disyaki aktif sejak hampir setahun lalu selain menyasarkan warga Indonesia yang mahu mendapatkan dokumen perjalanan serta permit kerja palsu bagi mengelak tindakan undang-undang. Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi…