PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan ‘perang’ terhadap kenderaan perdagangan lebih muatan bermula hari ini. Menterinya, Anthony Loke berkata, ia sebagai langkah tegas untuk mengekang sikap sambil lewa dan ketidakpatuhan dalam kalangan pengusaha serta pemandu kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan melanggar undang-undang jalan raya. Beliau berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu ini akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 31 Disember 2025, meliputi lima zon utama…