PETAING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berpotensi menjana hasil tambahan sekurang-kurangnya RM115 juta sekiranya nombor pendaftaran kenderaan yang disekat dan nombor tidak aktif ditawarkan semula kepada orang awam dengan harga minimum. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 mendedahkan semakan audit mendapati sebanyak 134 nombor pendaftaran yang disekat telah ditawarkan di bawah harga minimum antara tahun 2022 hingga 2024. Berdasarkan peraturan, harga minimum ditetapkan antara RM300 hingga RM20,000, manakala bagi kategori…