KUALA LUMPUR: Semua pihak berkepentingan dalam kerajaan, bidang perundangan dan industri diseru menjadikan Malaysia sebagai lambang kesaksamaan, pusat keamanan dan mercu tanda keadilan yang mampan kepada dunia. Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapannya pada Minggu Alternative Dispute Resolution (ADR) Asia 2025, berkata, penganjuran program bertemakan ‘Kairos: Merebut ADR’ itu mencerminkan kemunculan Malaysia bukan saja sebagai tempat berkumpulnya pakar global tetapi sebagai pusat kecemerlangan dalam landskap ADR…