PETALING JAYA: Nilai integriti perlu dipupuk sejak kecil melalui teladan ibu bapa dan persekitaran keluarga kerana keluarga merupakan ‘tapak semaian’ utama dalam membentuk jati diri serta moral seseorang. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, keluarga juga merupakan asas utama dalam pembentukan integriti dan karakter insan. “Kesejahteraan mental dalam keluarga adalah kunci kepada lahirnya individu yang stabil, bermoral dan berintegriti serta penting dalam membentuk warga…