Insiden Masjid Rusila: Hanya salah faham, tiada tindakan luar biasa

Insiden Masjid Rusila: Hanya salah faham, tiada tindakan luar biasa

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Insiden melibatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu disifatkan hanya satu salah faham.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail malah menjelaskan, ia bukan satu tindakan yang luar biasa seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

Katanya, aduan polis telah dibuat imam masjid itu pada 29 September lalu, malah polis juga telah menemubual Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan hasil siasatan mendapati ia sekadar salah faham yang telah diselesaikan secara baik oleh pihak pengurusan masjid dan Abdul Hadi.

“Saya sendiri telah melihat semua rakaman sistem rakaman litar tertutup (CCTV) dan tiada perkara luar biasa ditemui,” katanya dalam sidang akhbar di sini selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak timbul sebarang isu berhubung perkara itu pada awalnya sehingga ia dibangkitkan semula oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu) sebelum timbul salah tafsir.

“Isu berkenaan tidak wajar diperbesarkan apatah lagi dikaitkan dengan niat serbuan atau unsur politik, kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan awam.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak agar berpada dalam membuat kenyataan, terutama melibatkan isu keselamatan dan rumah ibadat, serta berlaku adil dalam menyampaikan maklumat sama ada di dalam atau luar Parlimen.

“Serbuan (dakwaan) oleh anggota komando masuk ruang solat pakai kasut itu gambaran yang tidak betul. Kita mesti sensitif dan jangan timbulkan keadaan yang melukakan perasaan masyarakat awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN