KUALA SELANGOR: Gara-gara ingin mengelak didenda atas kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Pantai Remis, Jeram, di sini. Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 23 tahun yang bekerja sebagai ‘live host’ dengan menjual pakaian dan tudung di aplikasi media berjaya dibongkar pihak polis hasil soal siasat dijalankan. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima…